Legasi Bumi Sejagat Sdn. Bhd. (1348176-A) bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan jualan dan sebagai konsultan jualan hartanah bagi unit-unit perumahan pihak pemaju dengan menggunakan konsep agensi. Tertubuhnya Legasi Bumi Sejagat Sdn. Bhd telah berjaya melengkapkan kitaran perancangan awal penubuhan syarikat untuk menjadi konsultan jualan hartanah yang berkaliber di Malaysia di dalam memperjuangkan perumahan mampu milik dengan mendirikan kawasan bandar-bandar baru terancang dan maju. Disini kami mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman di dalam pemasaran dan jualan hartanah tambahan pula, banyak projek perumahan yang telah kami laksanakan dengan jayanya. Fokus utama Legasi Bumi Sejagat Sdn. Bhd. adalah dalam membantu pelanggan untuk memiliki rumah impian dan juga membantu memasarkan dan serta menjual hartanah di seluruh Malaysia dengan kaedah skim pemilikan rumah impian tanpa deposit khusus bagi Kakitangan Kerajaan. Legasi Bumi Sejagat Sdn Bhd. turut menguruskan penjualan hartanah dari projek pembangunan rakan-rakan strategik yang lain.